Wednesday 29 June 2011

Isn't He Wonderful?

Assalamualaikum everybody!!

Siapa kat sini yg x kenal Allahyarham Tan Sri P.Ramlee, angkat tgn..Hehehe..I'm sure everybody knows him.  He was one of the most famous stars in our country masa dulu2.  Dh la star.FAMOUS plak lg tu..mmg world class la die.  LITERALLY..Sbb die mmg prnh mng satu anugerah masa satu asian movie festival (sori ye..x ingat plak kat mana.huhu) utk watak dlm salah satu movie die.  Jd utk menunjukkan rasa hormat and gratitude terhadap terhadap Allahyarham, diwujudkan ini..............................

MELISSA (kiri) dan Nithi (tengah) bergambar bersama bas RapidPenang yang dihias dengan wajah P. Ramlee di George Town semalam.

GEORGE TOWN – Syarikat pengangkutan awam Rapid Penang Sdn. Bhd. (RapidPenang) semalam memperkenalkan sebuah bas khas berlatar belakang wajah Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.

Dekorasi dalam bas yang digunakan bagi laluan dari Komtar ke Batu Feringghi itu pula dihias dengan poster filem-filem lakonan seniman tersebut seperti Sarjan Hassan, Anakku Sazali, Penarik Becha, Ibu Mertua Ku dan Bujang Lapok.

Pengurus Kanan Komunikasi Kreatif RapidPenang, Melissa Sandhu berkata, ia merupakan penghargaan syarikat berkenaan dalam mengabadikan ingatan kepada seniman agung kelahiran Pulau Mutiara itu.

“Ia juga pendekatan kreatif RapidPenang bagi mempromosi Pertandingan Nyanyian Lagu Seniman Agung, Tan Sri P. Ramlee anjuran Paradise Sandy Beach Resort pada bulan September ini.

“Pusingan awal pertandingan bermula Julai ini dengan kemuncaknya pada 17 September dan ia akan diadili seniman veteran antaranya Tan Sri Jins Shamsuddin dan Datuk Aziz Sattar,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Haaaa..betapa respected and hebat nya Allahyarham Tan Sri P. Ramlee kita ni.  Semoga rohnye dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan org yg beriman..AMIIIN :-)